AFF B-16: Aksi Malaysia Dipinda, Pemain Keracunan Makanan - Bola Sepak | mStar

AFF B-16: Aksi Malaysia Dipinda, Pemain Keracunan Makanan

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 4:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlawanan kedua Kejuaraan Bawah-16 (B-16) Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2016 antara Malaysia dan Filipina terpaksa dipinda selepas 12 pemain negara mengalami keracunan makanan.

Perlawanan Kumpulan A itu di Stadium Olympic, Phnom Penh, Kemboja yang sepatutnya pada 4.30 petang ini (waktu Malaysia), dijadualkan semula pada 10.30 malam ini.

Menurut catatan terbaharu dalam laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), enam daripada 12 pemain yang keracunan makanan sudahpun dibenarkan keluar daripada wad dan berada dalam keadaan stabil.

"Skuad B-16 negara kendalian P. Somasundram kini mempunyai 17 pemain untuk disenaraikan malam ini," menurut catatan itu.

Malaysia yang membuka kempen dengan kekalahan 0-3 kepada Vietnam pada Ahad lepas, seterusnya akan menentang Singapura, Khamis ini dan Myanmar pada Sabtu, sebelum berdepan ujian getir bertemu Australia, Isnin depan.

Sebanyak 12 pasukan beraksi pada kejohanan itu yang berlangsung dari 10 hingga 23 Julai ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: B16 , AFF Asean , Keracunan Makanan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan