Aidil Zafuan Umum Bersara Daripada Skuad Kebangsaan

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak mengumumkan keputusannya untuk bersara daripada skuad kebangsaan, Harimau Malaysia pada Selasa.

Aidil Zafuan berkata keputusan itu dibuat kerana ingin memberi peluang kepada pemain muda untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang.

"Saya cukup berbesar hati dapat membantu mencapai beberapa kejayaan yang diraih sewaktu bersama skuad kebangsaan.

"Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang selama ini menyokong karier saya  sepanjang berkhidmat bersama skuad kebangsaan.

"Tidak lupa juga kepada kepada semua penyokong bola sepak tanah air yang sentiasa menyokong saya," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada Selasa.

Sepanjang mewakili skuad kebangsaan, Aidil Zafuan pernah membantu negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan melayakkan diri pada Kelayakan Belia Bawah 20 AFC 2004 dan Sukan Olimpik 2008.

Malah, pemain berusia 29 tahun itu turut melakukan 68 penampilan bersama skuad kebangsaan bermula Julai 2007.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan