Kelantan Perkuat Posisi Tengah Dengan Pemain Dari Perancis

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 8:29 PM

Pemain import Kelantan Morgaro Gomis (kiri) bersama Wander Luiz (kanan) selepas menandatangani kontrak Kota Bharu pada Ahad. Foto: SUZUKI EMBONG/The Star

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melengkapkan kuota empat pemain importnya dengan mengambil pemain dari Perancis, Morgaro Lima Gomis.

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata pengambilan pemain berusia 30 tahun itu adalah bagi mengisi kekosongan di bahagian tengah pasukan setelah posisi tersebut ditinggalkan Jonathan Lucca yang ditamatkan kontrak bersama seorang lagi pemain, Dramane Traore.

"Sebelum ini, kami (Kafa) mengambil dan menandatangani kontrak penyerang dari Brazil, Wander Luiz Bitencourt menggantikan Dramane Traore, untuk dia (Luiz Bitencourt) berganding dengan Blaze Iljilioski di barisan serangan.

"Saya berharap pemain ini (Gomis) dapat berganding dengan baik bersama pemain tengah lain seperti Mohd Badhri Mohd Razi, Brendan Gan dan membantu pasukan mengharungi Piala Malaysia dan baki Liga Super," katanya selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pemain Pasukan Kelantan di sini,Ahad.

Gomis, bekas pemain Birmingham City, menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan selama setahun, sehingga musim hadapan.

Sementara itu, jurulatih Kelantan Velizar Emilov Popov berkata pemilihan Gomis sangat diperlukan bagi memperkuatkan lagi barisan tengah pasukan Kelantan.

"Beliau (Gomis) memiliki kemahiran dan mampu menggerakkan pasukan untuk melakukan serangan.

"Beliau mempunyai pengalaman beraksi dalam liga Eropah dan saya berharap beliau dapat membantu pemain tempatan dan pasukan mendapatkan mata," katanya.

Beliau berkata selain memiliki kualiti ketika bertahan dan melakukan serangan, Gomis juga mempunyai kemahiran untuk menjaringkan gol. -Bernama

Tags / Kata Kunci: kelantan , Pemain Perancis

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan