Pele Temui Cinta Sejati

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 9:15 AM

Pele bersama Aoki.

(Ubah saiz teks)

SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil, Pele akan berkahwin buat kali ketiga apabila memutuskan untuk memperisterikan kekasihnya, Marcia Cibele Aoki pada Selasa.

Pele dan Aoki menjalin hubungan selama enam tahun.

Legenda Brazil berusia 75 tahun itu memberitahu akhbar O Estado de Sao Paulo bahawa beliau sudah menemui cinta sejatinya.

Pele dan Aoki bertemu di New York pada 1980 tetapi hanya menjalin hubungan serius pada 2010.

Mereka sepatutnya berkahwin beberapa tahun lalu tetapi niat itu terpaksa ditunda akibat masalah kesihatan yang membelenggu Pele.

Aoki, seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun sering dilihat kerap bersama dengan Pele di khalayak ramai pada 2012.

Malah wanita itu turut sering kali menemani Pele ke hospital sejak akhir-akhir ini.

Dilahirkan di Edson Arantes do Nascimento, Pele diangkat sebagai pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dunia.

Beliau menjaringkan 1,281 gol dalam 1,363 perlawanan dan melakukan 91 penampilan bersama Brazil antara tahun 1957 dan 1971.

Pele pernah beraksi bersama kelab Brazil FC Santos dan New York Cosmos.

Tags / Kata Kunci: Pele , legenda Brazil , kahwin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan