Skuad Tok Gajah Perkenal Empat Pemain Import Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pahang memperkenalkan lima tonggak baharu termasuk empat pemain import bagi memperkuatkan lagi pasukan itu untuk mengharungi baki perlawanan saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Empat pemain import baharu yang menjadi sandaran skuad Tok Gajah itu ialah Faysal Shayesteh dari Afghanistan, Pablo Andres Vranjican (Argentina), Claudio Andres Meneses (Chile) dan pemain dari Brazil, Jailton De Campos Dos Santos.

Mereka menggantikan Dalibor Volas dan Naj Potokar dari Slovenia, German Pachecho (Argentina) dan Zesh Rehman (Pakistan) yang telah ditamatkan kontrak atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.

"Pengambilan pemain import ini dibuat berdasarkan kajian dan penelitian yang agak rapi oleh panel dan ketua jurulatih. Keempat-keempat pemain import baharu ini sudah berada di Kuantan lebih daripada sebulan setengah yang lepas untuk diuji," kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Akbar V. V. Abu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa majlis pengenalan pemain baharu dan jamuan Hari Raya Aidilfitri PBNP bersama anggota-anggota majlis dan pegawai serta pemain iga Malaysia 2016 di sini.

Akbar berkata penamatan kontrak empat pemain import sebelum ini dilakukan selepas setelah mendapati mereka kurang serasi bersama pemain tempatan.

"Kami juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat bekas pemain import yang telah secara sukarela bersetuju untuk ditamatkan kontrak ini," katanya.

Selain itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Helmi Eliza Elias juga diperkenalkan sebagai penjaga gol baharu untuk memperkukuhkan lagi skuad Tok Gajah.

Dalam pada itu, beliau berharap kehadiran pemain baharu itu dapat kembali memantapkan lagi prestasi pasukan Pahang yang kini menghuni tangga ke-11 daripada 12 pasukan dalam pusingan pertama Liga Super musim ini.

Dalam masa yang sama, Akbar turut meminta penyokong skuad Tok Gajah terus memberi sokongan penuh kepada pemain untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam pusingan kedua Liga Super musim ini, sekali gus dapat merangkul Piala Malaysia.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan