UEFA Gugur Kes Doping Sakho

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 9:56 AM

Mamadou Sakho.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada Jumaat menggugurkan kes doping ke atas pemain pertahanan Liverpool dan Perancis, Mamadou Sakho.

Namun Sakho sudah pun menjalani tempoh penggantungan selama 30 hari yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Susulan keputusan itu, Sakho kini boleh meneruskan kariernya tetapi ia sudah terlambat buat pemain tersebut untuk mewakili Perancis dalam aksi final menentang Portugal awal pagi Isnin ini.

Pemain berusia 26 tahun itu yang berpindah ke Anfield pada tahun 2013 dengan nilai perpindahan sebanyak 18 juta pound (RM93.3 juta) sekadar melakukan 28 penampilan bersama Perancis.

Ternyata kes doping itu hampir memusnahkan kariernya.

"Selepas perbicaraan dengan barisan peguam pemain dan beberapa pakar dari WADA - makmal yang dilantik untuk kes ini, Badan Kawalan, Etika dan Disiplin 
CEDB memutuskan untuk menggugurkan kes ini," kata UEFA.

Sakho terpaksa digugurkan daripada skuad Perancis menjelang Euro 2016 apabila didapati positif dalam ujian doping selepas perlawanan Liga Europa menentang Manchester City Mac lalu.

Namun pemain pertahanan itu dikatakan tidak mengetahui produk bertujuan untuk mengurangkan lemak badan yang diambilnya mengandungi bahan terlarang.

"Saya gembira ia sudah berakhir. Saya mengharungi tempoh yang sukar tetapi saya tahu yang saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," kata Sakho.



Tags / Kata Kunci: Mamadou Sakho , Liverpool , Perancis , kes doping

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan