Guardiola Sertai City Mahu Bukti Keupayaan Takluk EPL

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS baharu Manchester City, Pep Guardiola bercakap kepada media Inggeris buat pertama kalinya dalam keadaan tenang dan penuh keyakinan pada Jumaat.

Dalam sidang media itu, Guardiola berkata kehadirannya ke England adalah untuk membuktikan bahawa corak permainan yang diaturnya boleh menakluki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sama seperti yang pernah dilakukannya pada aksi La Liga dan Bundesliga.

Ketika ditanya sama ada beliau boleh membantu City mendapatkan keputusan terbaik dengan taktikal sama yang dipratikkan semasa memimpin Barcelona dan Bayern Muncih, Guardiola berkata:"Oleh itu saya berada di sini, membuktikan kepada diri saya sendiri.

"Saya berada di Barcelona di mana saya mempunyai segala-galanya, pemain terbaik dan sebuah pasukan dengan pemain yang dilahirkan dari akademi bola sepak, jadi saya mengenali mereka. 

"Bayern Munich, sebuah kelab yang mempunyai banyak pengalaman. Di sini satu lagi ujian untuk karier saya. Agak selesa untuk kekal di sana tetapi saya merasakan sudah tiba masanya saya datang ke sini dan membuktikan kepada diri saya sendiri. 

Guardiola mahu membuktikan keupayaan bersama City.

"Jika saya dapat meyakinkan pemain dengan cara yang kita mahukan dan menunjukkan satu tahap pada akhirnya kita akan dapat lihat. Pakai tali pinggang keledar anda untuk sisi lain di dalam kereta," katanya.

Guardiola mendapatkan nasihat daripada Mikel Arteta dan Brian Kidd pada minggu pertamanya di Akademi Bola Sepak Manchester City.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu kini menegaskan beliau tidak sabar untuk mencipta kejutan di England.

"Saya fikir dalam karier saya, orang ramai sentiasa meletakkan harapan tinggi terhadap pasukan saya. "Cara kita berlatih untuk menang seberapa banyak yang boleh. Akhirnya itulah yang terbaik," kata Guardiola.

Ketika ditanya mengenai persaingan dengan Jose Mourinho, Guardiola menegaskan pengurus baharu Manchester United sudah menjelaskan mengenai perkara itu sebelum ini. "Ia bukan soal dia (Mourinho) atau saya.

Jose sudah katakan dengan jelas mengenai perkara ini," kata Guardiola.

Namun pengurus berusia 45 tahun itu percaya Mourinho menjadikan dia seorang pengurus yang lebih baik selama ini.

"Jurulatih hebat dan Jose adalah seorang daripadanya yang membuatkan saya lebih baik. Mereka membantu saya mencapai tahap yang lebih tinggi," katanya.
Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Manchester City

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan