Arsenal Tolak Usaha Dapatkan Olivier Giroud

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL dilapor menolak hasrat beberapa kelab yang ingin membuat pertanyaan untuk mendapatkan khidmat Olivier Giroud.

Kelab-kelab tersebut ingin mendapatkan penyerang Perancis berusia 29 tahun itu selepas skuadnya layak ke final Euro 2016.

Malangnya, selain menolak sebarang perbincangan atau pertanyaan dibuat, Arsenal turut menegaskan bahawa Giroud tidak akan dijual.

Giroud telah menjaringkan 82 gol daripada 187 penampilan selepas menyertai Arsenal dari Montpellier dengan yuran perpindahan bernilai  £13 juta, empat tahun lalu.

Dalam saingan Euro, Giroud menjaringkan gol ketika menentang Romania dan Iceland dan akan ditugaskan sebagai penyerang utama dalam aksi final menentang Portugal nanti. - Daily Mirror



Tags / Kata Kunci: Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan