TMJ Lancar Projek 'Pendidikan Melalui Bola Sepak'

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melancarkan projek pendidikan untuk mendidik rakyat Malaysia melalui bola sepak di seluruh negara.

"Hari ini saya ingin mengumumkan secara rasmi kepada peminat JDT (Johor Darul Ta'zim) di seluruh dunia bahawa saya akan melancarkan satu projek baru yang bertajuk 'Pendidikan melalui bola sepak' yang akan dilaksanakan dari akademi kami di seluruh Johor dan Malaysia," kata Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat.

Beliau berkata, tujuan projek ini adalah untuk mendidik belia melalui bola sepak dengan slogan 'pencapaian akademik didahulukan sebelum bola sepak'.

"Tujuan projek ini adalah untuk menjadikan mereka individu yang lebih baik dalam kehidupan sebagai pemain bola sepak ataupun dalam apa jua bidang lain.

"JDT mengambil inisiatif sedemikian agar kami boleh mempersiapkan para belia kita dengan pendidikan yang terbaik dalam negara atau di luar negara.

"Pengetahuan tidak mempunyai sempadan dan pendedahan merupakan pengalaman yang terbaik," katanya.

Selain itu Tunku Ismail juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dan kerajaan negeri di atas peranan mereka dalam pendidikan dan sumbangan terhadap rakyat Johor.

Sementara itu, Tunku Ismail juga menulis mengenai kemajuan JDT apabila berpeluang menghantar pemain dan pegawainya ke Eropah dan Jepun tanpa sebarang kos kecuali penerbangan.

"Kerajaan Jepun menyediakan peruntukan melalui kementerian sukan mereka untuk menampung perbelanjaan para pemain JDT dan pihak pengurusan untuk pergi dan belajar segala-galanya mengenai projek bola sepak di sana.

"Kami juga berpeluang menghantar mereka ke Sepanyol, Jerman dan juga Perancis," katanya.

Tags / Kata Kunci: TMJ

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan