Sandro Da Silva Tidak Sabar Kembali Jalani Latihan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 10:05 AM

Sandro Da Silva giat berlatih di Brazil selepas menjalani pembedahan tulang belakang.

(Ubah saiz teks)

TIDAK senang berada di Brazil dan ingin cepat pulang ke Alor Setar untuk bersama rakan sepasukan melakukan persediaan menghadapi baki saingan Liga Malaysia.

Itulah situasi yang dihadapi pemain tengah Kedah, Sandro Da Silva selepas menjalani pembedahan tulang belakang di negara kelahirannya sejak Mei lalu.

Isteri Da Silva, Michele Franca berkata, suaminya bagaikan tidak sabar untuk pulang ke Alor Setar untuk kembali bersama pasukan kedah selepas pulih daripada kecederaan tulang belakang.

Jelasnya, Da Silva juga berhasrat untuk membantu Kedah ketika menentang Sarawak dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Rabu ini.

"Pasukan Kedah dan penyokongnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup suami saya. Dia rindukan rakan pemain, pegawai dan penyokong yang tidak dapat dipisahkan daripada fikirannya.

"Kami sekeluarga sudah biasa dengan gaya hidup di Kedah. Keprihatinan, kemesraan dan layanan yang baik penyokong Kedah adalah yang terbaik sepanjang karier Da Silva walaupun dia pernah bermain di Jepun, Turki dan Brazil sendiri.

"Dia berusaha setiap hari untuk memulihkan kecederaan tulang belakang selepas menjalani pembedahan. Sekarang saya yakin dia mampu memberikan yang terbaik untuk Kedah dan penyokongnya.

"Penderitaan selama tiga bulan ini akan ditamatkan apabila dia dapat beraksi bersama Kedah semula pada Rabu ini,” katanya kepada mStar Online.

Michele memberitahu, Da Silva yang kembali seorang diri dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 2 petang Jumaat (hari ini) sebelum ke Alor Setar.

Menurut ibu kepada dua anak itu, Da Silva juga berhasrat untuk kembali menjalani latihan sejurus tiba di Alor Setar bagi memastikan kecergasannya tidak terjejas.

"Saya berdoa dia akan dapat beraksi semula seperti biasa seperti musim lalu kerana tidak lagi mengalami kesakitan tulang belakang selepas pembedahan.

"Saya juga berterima kasih kepada KFA (Persatuan Bolasepak Kedah)  serta ribuan penyokong yang bersabar dan memberi peluang kepada Da Silva untuk merawat kecederaan di Brazil.

"Jasa baik ini tidak akan kami lupakan kerana banyak kenangan manis bersama pasukan Kedah dan penyokong," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Brazil

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan