'Sakit' Lihat Messi Menangis - Ronaldo

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 10:13 AM

Aksi Lionel Messi selepas gagal menyempurnakan tendangan penalti ketika berdepan Chile dalam final Copa America 2016.

(Ubah saiz teks)

LIONEL Messi telah mendapat sokongan mengejutkan daripada pesaing terdekatnya, Cristiano Ronaldo berikutan kekecewaannya selepas gagal menjadi juara Copa America 2016.

Selepas terlepas penalti pada perlawanan akhir Copa America dan tewas kepada Chile, pemain Argentina itu membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan, lapor mailonline.

Messi telah empat kali gagal menjadi juara walaupun berjaya melangkah ke final dalam kejohanan utama dunia bersama pasukan Argentina iaitu final Copa America 2007 (tewas 0-3 kepada Brazil), Piala Dunia 2014 (tewas 0-1 kepada Jerman), Copa America 2015 (kalah penalti 1-4 kepada Chile), dan Copa America Centenario 2016 (kalah penalti 2-4 kepada Chile).

Persaingan peribadi antara Ronaldo dan Messi dari Barcelona telah diketahui umum, dengan kedua-duanya pemain ini sentiasa unggul dalam dunia bola sepak pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Lebih mengejutkan apabila bintang Real Madrid itu yang sedang sibuk membuat persediaan menentang Wales dalam separuh akhir Euro 2016 sempat memberikan kata-kata semangat kepada Messi.

Ronaldo berkata beliau berharap Messi dapat membuat pertimbangan semula berhubung keputusannya dan bersimpati dengan nasib Argentina selepas Messi terlepas tendangan penalti.

"Messi telah mengambil satu keputusan yang sukar dan orang ramai perlu memahaminya.

"Dia tidak biasa dengan kekalahan dan kekecewaan, begitu juga di tempat kedua. Terlepas penalti tidak menjadikan anda pemain yang tidak baik," Ronaldo memberitahu Mundo Deportivo.

"Sesuatu yang menyakitkan untuk melihat Messi menangis dan saya berharap dia kembali ke negaranya, kerana dia memerlukannya."

Ronaldo, seperti mana Messi tidak pernah memenangi kejohanan antarabangsa.
Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Cristiano Ronaldo

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan