Barca Bawa Pulang Denis Suarez Dari Villareal

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH dua musim 'belajar' di kelab lain, Denis Suarez akhirnya kembali ke Barcelona.

Kelab itu dalam satu kenyataan mengesahkan akan membawa pulang Suarez dari Villareal setelah bersetuju untuk membayar dengan nilai €3.25 juta.


Suarez yang membuat penampilan pertama antarabangsanya bersama Sepanyol bulan lalu akan menandatangani kontrak selama empat tahun, dengan pilihan tahun kelima bergantung kepada penglibatannya pada tahun keempat.

Klausa pelepasannya telah ditetapkan pada angka €50 juta dan bekas pemain skuad Barcelona B (2013–2015) itu akan menjalani ujian perubatan pada petang Selasa.

Mengikut perancangan Suarez akan diperkenalkan kepada media di Camp Nou, Rabu. Masyarakat umum juga diberikan akses ke stadium untuk sesi bergambar dan seterusnya sidang media.

Suarez bergabung dengan Barcelona pada 2013 dari Manchester City dan menghabiskan musim 2013/2014 bersama Barcelona B.

Suarez kemudian menghabiskan musim selanjutnya dengan dipinjamkan ke Sevilla, sebelum dijual ke Villarreal pada musim panas lalu dengan pilihan pembelian semula.

Suarez telah menunjukkan kematangannya di Villarreal.

Dia telah bermain dalam 48 pertandingan dengan menyumbang lima gol dan mencipta lebih dari 11 peluang.

Atas prestasi itu, Barca memutuskan menggunakan hak mereka untuk membeli kembali pemain berbakat ini.
Tags / Kata Kunci: Denis Suarez , Villareal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan