Harimau Kumbang Beri Tumpu Kepada Pemain Muda

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 3:29 PM

Bojan Hodak

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mengambil beberapa pemain muda dari Skuad Piala Presiden yang telah menunjukkan prestasi yang baik bagi memantapkan pasukan Harimau Kumbang untuk berdepan T-Team dalam saingan Liga Super, 16 Julai ini.

Pengarah Urusan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Bojan Hodak berkata pertukaran pemain diperlukan untuk memperbaiki corak permainan pasukan Harimau Kumbang.

"Kami akan menukar dua pemain dan sekarang kami sedang mencari pemain import yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan antara Pulau Pinang dan Perlis di Stadium Bandaraya, Ahad malam.  

Pulau Pinang menewaskan Perlis 2-1 hasil kedua-dua jaringan daripada Fitri Omar pada separuh masa pertama. 

Turut hadir ketika perlawanan persahabatan itu ialah pemain pertahanan Obina Nwaneri yang pernah bermain bersama pasukan ATM dan kini bermain dengan pasukan Perlis.  

Hodak berkata pihaknya sedang mengintai beberapa nama pemain import termasuk penjaring gol terbanyak Liga India, Ranti Martins. Katanya pengumuman rasmi akan dibuat selepas semua dimuktamadkan.

Mengenai status pemain import yang ada di dalam pasukan itu ketika ini, Hodak berkata Mathias Cordoba dan Osas Saha yang dahulunya menunjukkan prestasiy ang baik, kini telah hilang keyakinan. 

"Kami akan berbincang dengan mereka selepas ini. Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka akan digugurkan. Kami masih membincangkan perkara ini diperingkat pengurusan," katanya. 

Sementara itu, Nwaneri ketika ditemui telah menyatakan hasratnya untuk bermain bersama pasukan Pulau Pinang di bawah kelolaan Hodak dan ketuajurulatih, Nenad Bacina tahun depan. 

"Saya kini sedang bermain untuk Perlis dan setakat ini saya merasakan bahawa Pulau Pinang merupakan kumpulan yang baik dan saya pasti ingin menyertainya pada tahun depan," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Harimau Kumbang , Pulau Pinang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan