United Sedia Bayar 100 Juta Pound Demi Dapatkan Pogba

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 9:00 AM

Paul Pogba.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United semakin hampir untuk mendapatkan pemain Juventus, Paul Pogba dengan menjadikannya sebagai pemain bola sepak pertama dibawa ke Old Trafford dengan yuran perpindahan rekod dunia bernilai 100 juta pound (RM529 juta).

Empat tahun selepas kehilangan pemain itu tanpa sebarang hasil, United kini bersedia menyalurkan sejumlah besar peruntukan kepada pengurus baharu, Jose Mourinho yang akan diperkenalkan secara rasmi kepada media pada Selasa ini.

Keluarga Glazer terdesak untuk memulihkan reputasi Red Devils sebagai kelab paling popular di Eropah apabila terlepas saingan Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Mereka sudah menandatangani penyerang legenda, Zlatan Ibrahimovic yang tamat kontrak bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Malah United turut bersetuju dengan perjanjian 65 juta pound (RM344 juta) untuk Mourinho menandatangani pemain pertahanan, Eric Bailly serta pemain tengah Borussia Dortmund, Henrikh Mkhitaryan.

Juventus menuntut jumlah sembilan angka bagi Pogba yang menakutkan pesaing United iaitu Real Madrid, PSG dan Manchester City.

Namun United tidak terjejas dengan peraturan fairplay kewangan kerana pendapatan komersial besar mereka.

United bersedia membayar harga yang akan memecahkan rekod 86 juta pound (RM455 juta) yang dibayar Real Madrid untuk mendapatkan Gareth Bale pada 2013, dan membayar Pogba 250,000 pound (RM1.3 juta) seminggu.

Bapa Pogba sudah menyatakan anaknya mahu bermain dalam liga yang lebih baik daripada Serie A dan ejen, Mino Raiola yang juga mewakili Ibrahimovic, cuba berunding untuk memuktamadkan perjanjian itu.

"Paul sudah semakin berkembang. Dia di Juventus sekarang, jadi apa saja perpindahan perlu dilakukan melalui Juventus," kata Raiola.


Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , Manchester United

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan