Ibrahimovic Sah Jadi Pemain Baharu Mourinho

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 7:08 AM

Zlatan Ibrahimovic

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic memberitahu bahawa dia sedia untuk mencipta lebih banyak kenangan indah di England  sebaik sahaja Manchester United mengesahkan kehadiran pemain tersebut.

Pemain berusia 34 tahun itu menjadi pemain kedua di bawah pengurusan baharu Jose Mourinho pada Jumaat dan mengakui dia amat teruja untuk menyertai United.

Sementara itu, Mourinho yang pernah bekerjasama dengan penyerang itu ketika menguruskan Inter Milan berkata, pemain terbaharunya itu tidak perlu diperkenalkan, dan menambah: "Statistik 'bercakap' untuk mereka.'

Ibrahimovic yang gembira dengan peluang yang ditawarkan telah menandatangani kontrak perjanjian selama setahun di Old Trafford bernilai 200,000 pound  (RM1,064,366 juta) seminggu.




"Saya sangat gembira dapat menyertai Manchester United dan bersedia untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana," jelasnya.

"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Jose Mourinho sekali lagi. Beliau  seorang pengurus yang menakjubkan dan saya sedia berdepan dengan cabaran baharu yang menarik nanti.

"Setakat ini saya  berpuas hati dengan karier saya bersama kenangan yang hebat. Kini saya mahu  mencipta lebih banyak kenangan indah di England, "jelas Ibrahimovic.

Dalam pada itu, Mourinho yakin Ibrahimovic boleh membawa United melakukan sesuatu yang hebat musim depan dan menganggapnya sebagai  salah seorang pemain terbaik.

"Ibra adalah salah seorang penyerang terbaik dunia dan dia sentiasa memberi aksi seratus peratus. 

"Dia telah memenangi banyak kejuaraan liga kejuaraan dan kini berpeluang bermain dengan liga terbaik dunia malah saya yakin dia akan menggunakan peluang ini dengan bekerja keras membantu pasukan meraih gelaran.

"Saya juga yakin dengan bakatnya yang ada, dia akan memberi kegembiraan kepada penyokong-penyokong di Old Trafford musim depan dan pengalamannya bakal berguna untuk membantu peningkatan pemain-pemain muda dalam skuad ini. 

Selain itu, United membuat pengesahan tersebut menerusi akaun Twitter rasmi kelab dengan menyiarkan rakaman video dengan kapsyen: "Are you ready? It's #ZlatanTime.'



Rakaman tersebut menunjukkan penyerang itu berada dalam suasana gelap sebelum berjalan menuju ke arah lebih terang sekaligus menampakkan dirinya sambil tersenyum.

Ibra yang telah membuat keputusan bersara dari aksi antarabangsa selepas Sweden tersingkir dalam saingan kalah mati 16 pasukan Euro 2016  minggu lalu sememangnya merancang untuk ke Old Trafford apabila tidak menyambung kontraknya bersama Paris Saint-Germain selepas mengetahui Mourinho bakal menguruskan United.



FAKTA KARIER ZLATAN IBRAHIMOVIC: 

Tarikh lahir : October 3, 1981 ( 34)

Kelab:

1999-01 Malmo –  47 perlawanan, 18 gol

2001-04 Ajax –  110 perlawanan, 48 gol

2004-06 Juventus – 92 perlawanan,  26 gol

2006-09 Inter Milan – 117 perlawanan, 66 gol

2009-10 Barcelona – 46 perlawanan, 22 gol

2010-12 AC Milan –  85 perlawanan, 56 gol

2012-16 PSG – 180 perlawanan, 156 gol

2001-16 Sweden –  116 perlawanan,  62 gol

JUMLAH: 793 perlawanan,  454 gol



KEJAYAAN: 

Eredivisie (2002, 2004), Piala KNVB (2002), Serie A (2007, 2008, 2009, 2011), Piala Super Itali (2006, 2008, 2011) La Liga (2010), Piala Super Sepanyol (2009, 2010), UEFA Super Cup (2009), Piala Kelab-Kelab Dunia FIFA  (2009), Ligue 1 (2013, 2014, 2015, 2016), Coupe de France (2015, 2016), Coupe de la Ligue (2014, 2015, 2016), Trophee des Champions (2013, 2014, 2015

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan