United Ikat Perancang Utama Dortmund Henrikh Mkhitaryan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 8:15 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bersetuju untuk mengikat pemain baharu yang ketiga, Henrikh Mkhitaryan sehari selepas Zlatan Ibrahimovic menandatangani kontraknya pada Jumaat.

Perancang utama kelab Borrussia Dortmund yang berusia 27 tahun itu berhijrah ke Old Trafford biarpun kontraknya masih berbaki setahun.

Kapten Armenia itu mengikut jejak langkah Ibrahimovic ke United sekaligus menjadi pemain terbaharu di bawah bimbingan Jose Mourinho.

United dijangka akan membuat bayaran sebanyak 26 juta pound (RM138 juta) untuk mendapatkan pemain tengah itu di Westfalenstadion.

Bagaimanapun Mkhitaryan masih belum memberi persetujuan terhadap syarat-syarat peribadi bersama Manchester United dan dia perlu menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu sebelum disahkan secara rasmi sebagai pemain The Red Devils.

Manchester United secara tidak sengaja memuat naik jersi kedua kelab bersama nama Mkhitaryan.


Dia juga perlu mendapatkan permit kerja yang diluluskan oleh Liga Perdana sebelum perpindahan berlaku.

Sebelum ini, Borrussia Dortmund telah mendedahkan berita perpindahan pemain tersebut di laman rasmi kelab dan mengucapkan selamat maju jaya pada musim baharu nanti.

Kelab Liga Jerman itu mengakui tidak ada pilihan selain terpaksa meletakkan harga ke atas  Mkhitaryan yang ingin menjadi pemain bebas musim depan.

"Borussia Dortmund dan pemain tengah Henrikh Mkhitaryan (27) akan berpisah musim depan,"jelas CEO Hans-Joachim Watzke.

"Hasil perbincangan intensif, Borrussia Dortmund menerima keinginan pemain antarabangsa Armenia ini untuk menyertai Manchester United musim depan.

"Berdasarkan situasi baharu perpindahan lengkap, ia lebih sukar kepada kami.

"Manchester memberi tawaran yang menarik dan kami telah menolaknya, namun pemain ini akan tetap meninggalkan kami sebagai pemain bebas pada tahun 2017".

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan