Nolito Pemain Kedua Sertai Manchester City - Bola Sepak | mStar

Nolito Pemain Kedua Sertai Manchester City

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 5:40 PM

Nolito.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Sepanyol, Nolito menjadi pemain kedua dibawa masuk Pep Guardiola ke Manchester City pada musim panas ini dengan nilai perpindahan sebanyak 13.8 juta pound (RM73.4 juta).

Pemain berusia 29 tahun itu akan menyertai Ilkay Gundogan yang tiba di Etihad dari Borussia Dortmund pada Jun lalu.

"Saya akan cuba membantu City menang lebih banyak perlawanan. Saya akan melakukan apa sahaja yang disuruh pengurus, cuba melakukan yang terbaik dan apa sahaja yang boleh untuk mengulangi prestasi terbaik saya bersama pelbagai kelab," katanya.

Nolito mempamerkan aksi cemerlang bersama Sepanyol pada Euro 2016 apabila menjaringkan gol ketika pasukan itu menundukkan Turki 3-0 sebelum tersingkir di tangan Itali pada kelompok 16 pasukan terbaik.

Guardiola menurunkan Nolito buat pertamanya bersama Barcelona pada 2010 walaupun dia meluangkan sepenuh masanya bersama skuad Barcelona B.


Tags / Kata Kunci: Nolito , Manchester City
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan