Ibrahimovic Dedah Akan Ke Manchester United

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic mendedahkan dia akan menyertai Manchester United biarpun kelab Liga Perdana Inggeris itu belum memberi sebarang pengesahan.

Penyerang Sweden mengumumkan perkara tersebut di laman instagram miliknya pada Khamis dengan menyatakan dia akan ke Old Trafford selepas meninggalkan Paris Saint-Germain akhir bulan lalu.

Pengakuan Ibrahimovic itu bakal mengesahkan laporan sebelum ini mengenai perpindahannya ke United sejak beberapa bulan lalu.

"Time to let the world know," . "My next destination is @manchesterunited. #iamcoming," tulisnya di laman instagram.

Pengakuan Ibrahimovic itu bakal mengesahkan laporan sebelum ini mengenai perpindahannya ke United sejak beberapa bulan lalu.

Malah sekiranya pendedahan Ibra ini disahkan kelab, dia bakal menjadi pemain terbaharu ke United di bawah pengurusan Jose Mourinho sekaligus dianggap sebagai penyatuan semula kedua-dua pihak selepas pernah bekerjasama sebelum ini.




Ibrahimovic meninggalkan PSG selepas kontraknya 2015-2016 berakhir dengan rekod menjuarai Liga 1 sepanjang empat musim di Perancis.

Selain itu, Ibra dianggap 'ayam tambatan' untuk negaranya telah membuat keputusan menggantung but dalam aksi antarabangsa selepas Sweden terkeluar daripada saingan Euro 2016.



Tags / Kata Kunci: Ibrahimovic , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan