Del Bosque Letak Jawatan Pengurus Sepanyol

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 7:05 AM

Vicente del Bosque

(Ubah saiz teks)

VICENTE del Bosque meletak jawatan sebagai pengurus Sepanyol selepas mengemudi skuad kebangsaan itu selama lapan tahun.

Keputusan pengurus berusia 65 tahun itu sudah diramal selepas Sepanyol tersingkir pada pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2016 selepas tewas 2-0 kepada Itali di Stade de France, Paris, awal pagi Selasa lalu.

Aksi hambar Sepanyol di Perancis sekali lagi mengulangi kegagalan bekas juara Euro 2012 itu pada aksi Piala Dunia 2014 di Brazil apabila tewas di peringkat sama.

Kekalahan pada Piala Dunia 2014 itu menyaksikan Sepanyol muncul pasukan pertama tersingkir daripada kejohanan utama tersebut.

Del Bosque mengumumkan keputusan tersebut menerusi sebuah stesen radio Sepanyol pada petang Khamis.

Bekas Pengurus Real Madrid itu menggantikan Luis Aragones sebagai Pengurus Sepanyol pada Julai 2008, seminggu selepas La Roja menewaskan Jerman 1-0 pada Euro 2008.

Beliau mengemudi Sepanyol memenangi kesemua 10 perlawanan peringkat kumpulan aksi kelayakan Piala Dunia 2010 yang turut dibarisi pasukan Bosnia Herzegovina, Tukri dan Belgium.

Del Bosque berada di puncak kariernya apabila berjaya membantu Sepanyol mempertahankan kejuaraan Euro selepas menundukkan Itali 4-0 pada aksi final 2012.

Namur prestasi tidak menentu pasukan itu pada aksi Piala Dunia 2014 dan Euro 2016 mengugat kedudukan Del Bosque yang mendorong kepada peletakannya sebagai pengurus pasukan tersebut.
Tags / Kata Kunci: Euro 2016 , Vicente del Bosque

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan