Pertahanan Perancis Bakal Sertai Barcelona

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 6:31 PM

(Ubah saiz teks)

SAMUEL Umtiti bakal menyertai Barcelona dari Lyon selepas kedua-dua kelab mencapai keputusan menerusi 'perjanjian eksklusif'.

Pertahanan Perancis itu ketika ini sedang beraksi di Euro dan akan melengkapkan pemindahan selepas saingan berkenaan.

Daily Mail melaporkan, yuran pemindahan dianggar mencecah sebanyak £25 juta.

Pengerusi Lyon, Jean-Michel Aulas berkata perbincangan telah diadakan antara kedua-dua pihak dan kelab itu sedia untuk kehilangan Umtiti.

"Samuel mempunyai perjanjian eksklusif untuk dia menyertai Barcelona.

"Sekarang dia bersama skuad Perancis dan perlu memberi perhatian kepada saingan Euro.

"Jika ketiga-tiga pihak termasuk pemain bersetuju, dia akan meninggalkan Lyon," jelasnya.


Tags / Kata Kunci: Barcelona

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan