Southgate Enggan Ganti Posisi Hodgson

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 8:00 AM

Gareth Southgate.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS skuad Bawah 21 tahun (B-21) England, Gareth Southgate tidak berminat untuk mengambil alih jawatan yang ditinggalkan Roy Hodgson.

Hodgson meletak jawatan selepas mengemudi England selama empat tahun susulan kekalahan di tangan Iceland pada kelompok 16 pasukan terbaik Euro 2016, awal pagi Isnin.

Akibatnya, England tersingkir dan gagal meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

FA dilaporkan sedia mempertimbangkan Southgate, 45, sebagai pengurus interim sementara mencari pengganti  Hodgson.

Pada Selasa, Ketua Eksekutif Martin Glenn berkata FA mahukan seorang pengurus baharu sebelum aksi kelayakan Piala Dunia menentang Slovakia pada 4 September ini.

Sekiranya FA tidak menjumpai pengganti yang sesuai, Glenn berkata Southgate yang juga bekas pemain pertahanan England akan dipertimbangkan untuk mengisi posisi Hodgson buat sementara waktu.


 

Tags / Kata Kunci: Gareth Southgate , England , Roy Hodgson

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan