Manchester City Harap Dapat Ikat Nolito

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 6:48 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Sepanyol, Nolito dijangka akan menyertai Manchester City dengan nilai perpindahan 13.8 juta pound.

Penyerang Celta Vigo itu dilaporkan menempah penginapan di sebuah hotel di Manchester City pada Rabu malam.

Nolito dijangka akan menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak tiga tahun untuk bersama skuad Pep Guardiola.

Ketika ditanya faktor berhijarah ke Manchester City berbanding Barcelona, Nolito menjelaskan kedua-dua jurulatih seperti Luis Enrique dan Pep Guardiona mempunyai kelebihan tersendiri.

"Ia lebih kepada maruah jika melibatkan dua nama ini.

"Saya sangat bertuah kerana diberi pertimbangan dan ia adalah kekuatan kepada saya," jelasnya selepas Sepanyol tersingkir daripada aksi Euro 2016.

Nolito pernah berlatih di bawah Guardiola pada tahun 2010 bersama Barcelona menggantikan Pedro selepas dua musim bermain dalam pasukan B (2008).

Malah Nolito sentiasa berpeluang untuk terus kekal bersama Barcelona memandangkan tidak ada tanda-tanda akan tinggalkan Nou Camp.

Pada tahun 2011, dia menyertai Benfica dan turut menjaringkan dua gol ketika menentang Trabzonspor ketika saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Selepas itu Nolito kembali ke Sepanyol untuk menyertai Granada sebelum ke Celta Vigo dengan mencatat 30 gol dalam 100 perlawanan untuk Os Celestes.

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Nolito , Celta Vigo

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan