Chelsea Berkeras Mahukan Penyerang Sepanyol

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA tetap mahu mendapatkan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata walaupun pemain tersebut mungkin akan pulang ke pangkuan bekas kelabnya, Real Madrid, lapor Daily Mail.

Real sebelum ini dilapor sedia membeli kontrak Morata bernilai £23 juta untuk memastikan pemain berusia 23 tahun itu kembali ke Bernabeu.

Bagaimanapun jika menjualnya kepada kelab lain Juventus akan menerima bayaran perpindahan setinggi £45 juta.

Chelsea dan Arsenal sebelum ini berminat untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun yang menjaringkan dua gol dalam saingan Euro.

Ejen Morata iaitu Juanma Lopez turut mengesahkan bahawa pemain berkenaan telah menerima tawaran dari England.

Morata juga dilaporkan enggan pulang ke Real Madrid kerana tidak mahu sekadar memanaskan bangku simpanan.

"Saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Saya pemain bekas Real Madrid dan mereka boleh pilih untuk menerima saya atau tidak. Selebihnya saya akan cari penyelesaian lain.

Chelsea ingin mendapatkan Morata untuk digandingkan bersama Romelu Lukaku di bawah kendalian Antonio Conte yang akan menyertai Chelsea selepas saingan Euro berakhir.



Tags / Kata Kunci: Chelsea , Sepanyol

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan