Lionel Messi Umum Bersara Sebagai Pemain Argentina

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG bola sepak dunia, Lionel Messi mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaan Argentina selepas pasukannya tewas kepada Chile pada final Copa America, Isnin.

Daily Mail melaporkan, penyerang Barcelona berusia 29 tahun itu membuat keputusan tersebut selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti  yang menyumbang kepada kekalahan Argentina.

Dalam perlawanan akhir Di Stadium MetLife, Aregntina tewas 4-2 dalam penentuan penalti selepas kedudukan terikat 0-0.

"Itu sahaja. Ia berlaku dalam empat perlawanan akhir. Ia telah akhiri antara saya dengan skuad kebangsaan.

"Keputusan telah dibuat, saya rasa (kemenangan) yang sangat  diperlukan. Ia tidak menjadi. Saya rasa itu sahaja. Apa yang saya rasakan sekarang ialah kesedihan," jelasnya kepada siaran televisyen Argentina selepas perlawanan akhir itu.

Messi setakat ini belum mengubah pendiriannya dan keputusan itu juga dipercayai dibuat berikutan kemarahan pemain berkenaan terhadap Persatuan Bolasepak Argentina (AFA).

Menurut Fox Sport, rakan Messi dalam skuad Argentina menaruh harapan bahawa pemain berkenaan akan mengubah keputusan berkenaan.

Penjaga gol Argentina, Sergio Romero berkata, dia tidak menyangka Messi akan membuat pengumuman berkenaan kerana kekalahan itu bukan berpunca daripada dirinya sahaja.

Jelasnya, pengumuman itu mungkin dibuat ketika Messi berada dalam situasi terlalu sedih tanpa berfikir panjang.


Tags / Kata Kunci: Argentina , Lionel Messi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan