Mane Selangkah Ke Anfield

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 9:03 AM

Sadio Mane.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Southampton Sadio Mane akan menjalani ujian perubatan di Liverpool pada Isnin selepas The Reds bersetuju membayar sebanyak 30 juta pound (RM165 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Sumber memberitahu Press Association Sport bahawa pemain berusia 24 tahun itu akan tiba di Merseyside pada Isnin untuk menjalani pemeriksaan fizikal dan membincangkan syarat peribadinya.

Namun perjanjian itu dipercayai akan dimuktamadkan pada Selasa atau Rabu ini.

Mane yang menjaringkan 11 gol pada aksi liga musim lalu akan menjadi pemain keempat dibawa masuk pengurus Jurgen Klopp.

Klopp sudah menyempurnakan perpindahan pemain tengah Marko Grujic, pemain pertahanan Joel Matip dan penjawa gawang, Loris Karius.

Bintang Senegal itu akan menjadi pemain ketiga termahal selepas Andy Carroll (35 juta pound - RM193 juta) dan Christian Benteke (32.5 juta pound - RM179.6 juta).

Sementara itu, Klopp turut berusaha mendapatkan khidmat pemain pertahanan Leicester Ben Chilwell dan pemain tengah Poland, Piotr Zielinski pada perpindahan musim panas ini.



Tags / Kata Kunci: Sadio Mane , Liverpool

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan