Malaysia Sekadar Seri Bertemu Fiji

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaysia hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan pasukan ranking ke-186 dunia, Fiji pada perlawanan persahabatan terakhir Jelajah Oceania di Stadium Prince Charles Park di Nadi, Fiji pada Ahad.

Bermain dalam keadaan cuaca panas, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee terlepas dua peluang awal apabila sepakan akrobatik Mohd Amirul Hadi Zainal pada minit ke-14 dan percubaan Mohd Amri Yahyah sepuluh minit kemudian dihadang keluar oleh pertahanan Fiji.

Malaysia akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-41 apabila Mohd Amri menyudahkan hantaran S. Chanthuru dengan baik.

Namun, pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan yang bermain untuk kelab New Zealand di Liga Australia (A-League), Wellington Phoenix, Roy Krishna pada minit ke-72.

Sementara itu, Kim Swee memuji pemainnya yang telah menunjukkan persembahan baik dan sikap positif walaupun beraksi dalam keadaan sukar seperti cuaca panas dan keadaan padang tidak baik menentang pasukan yang akan bertanding di Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada Ogos ini.

"Semua pemain bermain dengan begitu baik, walaupun keadaan tak sempurna, kita mengadaptasi suasana dan cuaca yang begitu sukar. Kita gagal mempertahankan gol yang kita dahului dimana ini beberapa faktor yang perlu dilihat.

"Kita mempunyai peluang tetapi kita gagal menyempurnakannya, yang menyebabkan kita dibolosi apabila pasukan lawan mengambil kesempatan terumatanya Krishna, yang mempunyai teknik yang cukup bagus dan jika pemain yang baik diberikan peluang ini yang akan berlaku," katanya selepas perlawanan itu.

Rakaman audio temu bual berkenaan diperoleh Bernama daripada pegawai media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malaysia yang berada di ranking ke-173 dunia, memulakan Jelajah Oceania dengan kekalahan mengejut 0-2 kepada pasukan ranking ke-193 dunia, Papua New Guinea di Stadium Sir John Guise, Port Moresby, pada 17 Jun.

Skuad negara, bagaimanapun bangkit mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan ranking ke-183 dunia, New Caledonia di Stadium Numa-Daly Magenta, Noumea, New Caledonia, Rabu lepas.

Kim Swee berkata walaupun objektif untuk meraih kemenangan dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut tidak tercapai, beliau tetap percaya bahawa keputusan kalah, menang dan seri itu akan memberi pandangan yang cukup luas baginya untuk membuat analisis sebelum memanggil pemain pada September ini bagi menghadapi  Piala Suzuki AFF 2016 pada November ini.

"Selepas tiga perlawanan, saya percaya saya gunakan semua pemain dan ini memberi saya satu situasi di mana saya perlu nilai keseluruhan pasukan dan individu-individu tertentu sebelum kem latihan seterusnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Fiji

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan