N'Golo Kante Kekal Di Leicester

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

N'GOLO Kante akan kekal di Leicester selepas kelab itu enggan menjualnya walaupun terdapat pasukan yang sedia menebus kontraknya, lapor Daily Mirror yang dipetik dari Sunday People.

Pemain Perancis itu dilapor telah bersetuju dengan perkara tersebut selepas berbincang bersama pihak pengurusan Leicester.

Dalam perbincangan berkenaan, Leicester turut dilapor memasukkan terma yang membuatkan Kante tidak boleh berurusan dengan kelab lain tanpa pengetahuan skuadnya.

Tindakan itu dibuat bagi memastikan pemain berusia 25 tahun itu kekal bersama Leicester untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Usaha memperketatkan kontrak Kante dilakukan selepas kelab itu menerima 'lamaran' daripada Arsenal yang berhasrat untuk mendapatkan pemain tengah berkenaan pada musim panas ini.

'Lamaran' dimulakan oleh Arsene Wenger yang juga jurulatih kelahiran Perancis.


Tags / Kata Kunci: Leicester , Arsenal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan