Bruno Lopes Terkejut Lihat Penyokong Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 10:27 AM

(Ubah saiz teks)

"SAYA terkejut melihat seramai  5,000 penyokong Kedah sanggup ke Stadium Darul Aman hanya untuk menyaksikan satu perlawanan persahabatan.

"Itu sudah cukup membuktikan bertapa mereka sayangkan pasukan Kedah. Jarang sekali dapat melihat semangat penyokong seperti ini."

Demikian reaksi pertama penyerang yang sedang diuji oleh skuad hijau kuning, Bruno Lopes ketika ditanya pendapatnya mengenai pasukan Kedah.

Dalam perlawanan persahabatan antara Kedah menentang Persatuan Bola sepak India Malaysia (Mifa) minggu lalu, seramai 5,00 penyokong membanjiri stadium untuk melihat prestasi Lopes yang sedang diuji.

Menurut pemain kelahiran Brazil itu, dia pernah mewakili kelab di Jepun, Thailand, Arab Saudi dan negaranya sendiri, namun tidak pernah melihat penyokong yang begitu komited terhadap perkembangan pasukan mereka seperti di Kedah.

"Inilah kali pertama saya lihat begitu ramai penyokong datang ke stadium hanya untuk menyaksikan perlawanan persahabatan, itu pun untuk menguji pemain seperti saya.

"Suasana di negeri ini juga berbeza, mereka memberi layanan yang baik kepada semua, begitu juga Persatuan Bola sepak Kedah (KFA).

"Saya telah melalui bermacam masalah ketika bersama kelab di Arab Saudi dan Thailand tetapi layanan diberikan oleh KFA agak berbeza. Mereka layan saya dengan baik sekali. Ini membuatkan saya mahu bersama pasukan Kedah," katanya kepada mStar Online.

Lopes menambah, berikutan hatinya yang terpikat dan selesa dengan suasana di Kedah, dia tekad untuk berusaha memberikan yang terbaik bagi skuad bimbingan Tan Cheng Hoe.

Jelasnya, sebagai penyerang, dia tidak mempunyai pilihan selain menjadi kilang gol untuk pasukan Kedah jika ingin bersama kelab berkenaan.

"Saya tahu tidak ada pilihan lain kecuali menjaringkan gol untuk Kedah kerana pasukan ini memerlukan penyerang yang mampu menghasilkan gol untuk mereka.

"Oleh itu saya akan berusaha memberikan apa yang dituntut oleh pasukan berkenaan kerana hasrat saya kini ialah untuk berbakti kepada Kedah," jelasnya.

Lopes memberitahu, sebelum tiba di Alor Setar, dia telah mendapat maklumat mengenai pasukan berkenaan menerusi rakannya iaitu Sandro Da Silva yang juga pemain Kedah.

Selain itu Lopes mendakwa turut diberikan maklumat tambahan oleh rakan-rakan lain seperti Ronaldo Lobo yang bersama Pulau Pinang serta Leonardo yang beraksi untuk skuad Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Bruno Lopes

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan