Blanc Tinggalkan PSG

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 9:00 AM

Laurent Blanc.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Laurent Blanc mengambil keputusan untuk meninggalkan Paris St Germain (PSG) meskipun berjaya memacu kelab itu menang treble pada aksi liga domestik musim lalu, lapor akhbar berita sukan Perancis, L'Equipe.

Menurut akhbart tersebut, Blanc, 50, yang menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun pada Februari lalu menerima bayaran pampasan sebanyak 22 juta euro.

PSG memenangi kejuaraan Ligue 1, Piala Perancis dan Piala Liga Perancis musim lalu.

Masa depan Blanc di PSG mulai samar sejak tiga minggu lalu apabila Presiden PSG, Nasser al Khelaifi menyifatkan musim 2015-2016 sebagai satu kegagalan.

Ini berikutan penyingkiran kelab itu daripada aksi Liga Juara-Juara oleh Manchester City.

PSG menjulang kejuaraan treble buat kali kedua dengan memenangi saingan Ligue 1, Piala Perancis dan Piala Liga Perancis tetapi gagal meneruskan kemaraan ke perlawanan Liga Juara-Juara selepas tersingkir di pusingan suku akhir buat kali keempat berturut-turut.

Blanc yang juga bekas pemain pertahanan Perancis mengambil alih jawatan Carlo Ancelotti di PSG pada 2013.

Dia menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun pada Februari lalu.

Namun difahamkan kontrak itu ditamatkan pada Rabu.

Media Perancis dan Sepanyol melaporkan posisi Blanc akan diisi Unai Emery yang meninggalkan Sevilla pada 13 Jun lalu.


Tags / Kata Kunci: Laurent Blanc , PSG

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan