Man United Mampu Dapatkan Paul Pogba - Mino Raiola - Bola Sepak | mStar

Man United Mampu Dapatkan Paul Pogba - Mino Raiola

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

EJEN Paul Pogba mengakui Manchester United mempunyai prospek untuk mendapatkan pemain tengah Juventus itu pada musim panas ini.

Pemain Perancis berusia 23 tahun itu bersama Juventus sejak empat musim lalu selepas meninggalkan United pada 2012 sebelum dikait akan kembali semula ke Old Trafford.

Real Madrid antara kelab yang dilapor berminat untuk mendapatkan Pogba. Nnamun ejenya, Mino Raiola berkata, itu hanya kelab yang tersenarai.

"Adakah Pogba akan tinggalkan Juventus?

"Kariernya perlu berkembang. Dia di Juventus sekarang, oleh itu apa-apa perpindahan perlu melalui Juventus sendiri.

"Saya pernah kata bahawa dia sukakan Zidane. Real Madrid, Bercelona, Manchester United, Paris Saint-Germain, Manchester City dan Chelsea antara yang berpeluang," katanya kepada stesen televisyen Itali.

Tags / Kata Kunci: Juventus , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan