Ibrahimovic Mampu Berjaya Di Man United - Hazard

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Chelsea, Eden Hazard yakin Zlatan Ibrahimovic mampu mencipta kejayaan besar sekiranya menyertai Manchester United, lapor Daily Mirror.

Penyerang Sweden itu dilapor akan bersama United pada musim depan selepas kontraknya dengan Paris Saint-Germain (PSG) tamat baru-baru ini.

Hazard berkata demikian bagi mengulas pendirian Ibrahimovic yang mengumumkan persaraannya bersama skuad kebangsaan selepas Sweden tewas 0-1 kepada Belgium dalam saingan Euro.

Pemain tengah Chelsea itu yakin Ibrahimovic masih mampu mencipta kejayaan di peringkat kelab walaupun tewas ketika membantu Sweden.

"Zlatan adalah nama besar dalam bola sepak. Dia telah mencipta banyak kejayaan bersama Sweden.

"Dia mampu cipta banyak kejayaan lagi diperingkat kelab selepas ini. Dia akan mengakhiri kerjayanya sebagai pemain terbaik," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan