Tamparan Hebat Buat Kim Swee, Dua Pemain Cedera Lutut

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 9:03 PM

Mahali Jasuli.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan menerima tamparan hebat menjelang perlawanan persahabatan menentang New Caledonia di Stadium Numa-Daly Magenta di New Caledonia pada Rabu selepas dua pemain pertahanan, Mahalli Jasuli dari Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kapten Selangor, Muhd Shahrom Abdul Kalam, mengalami cedera lutut.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee berkata beliau memutuskan menghantar Mahalli pulang selepas pemain itu dikhuatiri mengalami retak tempurung lutut.

Namun kecederaan Muhd Shahrom tidak serius tetapi beliau tidak dapat bermain dalam perlawanan esok kerana dalam proses pemulihan.

Ong bagaimana tidak bimbang memandangkan terdapat beberapa pengganti seperti Mohd Fadhli Shas, Junior Eldstal, S. Kunanlan dan Muhammad Fazly Mazlan dan juga Khair Muhammad Jefri Jones, Melaka United.

"Perlawanan menentang New Caledonia tidaklah mudah, mereka punya kelebihan bermain di tempat sendiri," katanya pada sidang akhbar pra-perlawanan pada Selasa.

Audio sidang itu diterima oleh Bernama di sini.

Skuad kebangsaan diselar hebat selepas tewas 0-2 kepada pasukan ke-193 dunia, Papua New Guinea di Stadium Sir John Guise di Port Moresby, Jumaat lepas.

Selepas perlawanan menentang New Caledonia, Malaysia akan menyelesaikan Oceania Tour dengan bermain menentang pasukan ke-186 dunia, Fiji di Nadi, Ahad ini. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , Ong Kim Swee

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan