Martin Skrtel Sertai Roma

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN tengah yang banyak berjasa kepada Liverpool, Martin Skrtel dilapor bersetuju untuk menyertai Roma pada musim depan.

Akhbar Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan Skrtel telah bersetuju dengan kontrak selama tiga tahun yang ditawarkan Roma.

"Roma telah mendapat persetujuan daripada Skrtel untuk menyertai pasukan itu dengan kontrak selama tiga tahun," lapor akhbar berkenaan.

Berita itu turut mengecewakan Fenerbahce, Besiktas dan Galatasaray yang turut mahukan khidmat pemain Slovakia itu.

Beberapa hari lalu, ejen Skrtel iaitu Karol Csonto memberitahu Goal bahawa tiada persetujuan dicapai dengan Fenerbahce seperti yang disebarkan.





Tags / Kata Kunci: Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan