Manchester City Dan Barcelona Berebut Nolito

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City akan memulakan perang perebutan pemain dengan menewaskan Barcelona dalam usaha mendapatkan penyerang Sepanyol, Nolito yang mempamerkan aksi cemerlang pada Euro.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi perhatian selepas menjaringkan lima gol dan empat kali membantu mendapatkan gol dalam 12 penampilan antarabangsa.

Penyerang Celta Vigo tersebut dilapor akan meninggalkan kelabnya dan berikutan itu  Pep Guardiola dan Txiki Begiristain merancang untuk mendapatkan bekas penyerang Barcelona berkenaan dengan penebusan kontrak bernilai £14.1 juta.

Nolito menjaringkan satu gol dan membantu rakannya mendapatkan jaringan dalam tempoh tiga minit untuk memastikan Sepanyol menang 3-0 ke atas Turki.

Dalam perancangan City pula, Guardiola dikatakan mahu menggandingkan Nolito dengan David Silva dan Sergio Aguero di bahagian serangan.

Bagaimanapun, Barcelona juga dilapor mahu mendapatkan kembali bekas penyerangnya itu.

Dia disebut sebagai pemain paling sesuai untuk bersama Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez di bahagian serangan Barcelona.

Tags / Kata Kunci: Barcelona

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan