Mourinho Serah Darmian Kepada Chelsea

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho mahu membuat pertukaran pemain pertahanan dengan melepaskan Matteo Darmian untuk mendapatkan Nemanja Matic dari Chelsea, lapor Daily Mirror.

Pengendali baharu Manchester United itu kini sedang mendapatkan pemain baharu sebagai usaha menyediakan satu pasukan mantap di Old Trafford untuk musim depan.

Dalam pembentukan pasukan berkenaan, Mourinho dikatakan mahu skuad yang lebih mantap dari segi fizikal dan kerana itu juga dia mendapatkan Eric Bailly dari Villarreal.

Mourinho juga ingin membuat pertukaran berkenaan kerana Darmian menjadi pilihan utama bakal jurulatih Chelsea, Antonio Conte yang kini sedang membimbing Itali.

Darmian yang juga pemain Itali menyertai Manchester United dari Torino dengan yuran pemindahan sebanyak £12 juta.

Jika Conte ingin Darmian di Stamford Bridge, ini bermakna urusan Mourinho untuk mendapatkan Matic lebih mudah.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan