Pulau Pinang Buru Tiga Pemain Tempatan Baharu

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 12:44 PM

Bojan Hodak

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pihak pengurusan baru Kelab Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) bakal mengambil dua atau tiga pemain tempatan baharu untuk memperbaiki kedudukan pasukan Harimau Kumbang dalam Liga Super musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif baharu pasukan berkenaan Bojan Hodak berkata pihaknya sedang dalam proses rundingan dengan pemain baharu yang dikenal pasti berkenaan.

Hodak juga berkata pemain baharu itu kemungkinan besar akan bermain pada posisi tengah dan pertahanan kerana setakat ini kelab itu hanya bergantung kepada Mafry Balang yang menyerlah setakat ini.

Bagaimanapun, Hodak enggan mendedahkan negeri asal pemain yang bakal diikat berkenaan atau nama pemain yang akan digugurkan.

"Pengumuman akan dilakukan pada masa akan datang dan sekarang fokus kami ialah untuk mengenal pasti prestasi pemain yang kita ada melalui perlawanan persahabatan yang akan diadakan sebelum Liga Super bermula.

"Kesebelasan utama pasukan juga akan ada perubahan," katanya selepas perlawanan persahabatan Pulau Pinang menentang Malaysian Indian Football Assosiation (MIFA) di Stadium Bandaraya di sini, Sabut malam.

Bagi pengambilan pemain import pula, Hodak berkata beliau mahu memfokuskan kepada mencari pemain tempatan sebelum mula mencari pemain import.

Sementara itu Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff turut mengesahkan bahawa akan berlaku pertukaran dalam barisan pemain import.

"Kita dalam proses pertimbangan kerana kita mempunyai masa sehingga pertengahan bulan hadapan untuk melakukan pertukaran pemain import dan pemain tempatan," katanya.

Dalam perlawanan persahabatan malam tadi, skuad Harimau Kumbang menang 2-0 hasil jaringan pemain import Reinaldo Lobo pada awal separuh masa kedua manakala gol kedua hasil jaringan Syamer Kutty Abby, pada minit akhir.

Ini merupakan perlawanan pertama kelab tersebut di bawah kendalian Hodak dan juga ketua jurulatih baharu Nenad Bacina.

Menurut Hodak, berdasarkan pemerhatian dalam perlawanan itu, prestasi pemain Pulau Pinang terutamanya Faiz Subri agak baik pada 30 minit pertama, namun beliau hilang konsentrasi selepas itu.

Bagi penyerang kelab itu Osas Saha, Hodak berkata beliau mempunyai banyak peluang untuk mencipta jaringan tetapi gagal.

"Secara amnya, banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk mengukuhkan pasukan ini," katanya.

Dengan berbaki 10 perlawanan, Pulau Pinang sedang bertarung untuk mengelakkan diri daripada tersingkir daripada perlawanan Liga Super setelah jatuh ke tangga tercorot liga.

Pulau Pinang akan bertemu pasukan T-Team pada 16 Julai di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , FAP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan