"Micki Mahu Ke Man United, Bukan Arsenal" - Mino Raiola

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 10:26 AM

Henrikh Mkhitaryan

(Ubah saiz teks)

EJEN bintang Borussia Dortmund, Henrikh Mkhitaryan mendedahkan pemain itu enggan berhijrah ke Arsenal, tetapi memilih Manchester United.

Kelab Jerman itu pada Jumaat mengesahkan, Mkhitaryan enggan melanjutkan kontraknya bersama kelab itu yang akan tamat pada 2017.

Berikutan itu, Dortmund perlu menjual pemain berkenaan sebelum dia keluar secara percuma dalam tempoh 12 bulan lagi.

Arsenal sebelum ini telah menemui ejen pemain berusia 27 tahun itu,  Mino Raiola untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Armenia berkenaan menolak dan memilih Old Trafford sebagai destinasi seterusnya.

"Berada di Manchester United adalah  peluang yang unik. Micki ingin ke sana," jelas Raiola.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan