Jumlah Penonton Di Stadium Meningkat Kerana Penyerang Baharu

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 12:58 PM

Gambar fail Stadium Darul Aman.

(Ubah saiz teks)

JUMLAH penonton yang hadir di Stadium Darul Aman bagi menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan Kedah meningkat berbanding dalam perlawanan terakhir di venue sama bulan lalu.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Persatuan Bola sepak India (Mifa) di Stadium Darul Aman pada Rabu malam, seramai lebih 5,000 penyokong hadir walaupun berlangsung dalam bulan puasa.

Berbanding ketika perlawanan terakhir di stadium tersebut, semasa menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Mei lalu, jumlah penonton yang direkodkan hanya 3,500 sahaja.

Peningkatan jumlah penonton dalam perlawanan persahabatan ini bukan sahaja kerana kemasukan percuma tetapi rata-rata penyokong ingin menyaksikan penyerang baru yang sedang diuji iaitu Bruno Lopes.

Tumpuan penyokong pasukan hijau kuning kini terarah kepada pertukaran penyerang apabila Carlos Eduardo atau Kahe gagal membantu skuad berkenaan dengan sekadar menjaringkan empat gol sejak Liga Malaysia membuka tirainya.

Dalam perlawanan persahabatan berkenaan Kedah berjaya menewaskan Mifa 2-0 hasil jaringan pemain pertahanan Bang Seung Hwan dan Lopes.

Bagaimanapun Lopes yang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti terpaksa dikeluarkan pada pertengahan babak kedua kerana keliahatan kurang cergas sepenuhnya selepas menjalani latihan selama dua hari.

Walaupun hanya beraksi selama 70 minit, Bruno berjaya mempamerkan aksi yang baik dengan melakukan beberapa percubaan ke arah gol dan mampu menguasai bola.

Dalam perlawanan itu, Kedah tidak menurunkan pemain import seperti Liridon Krasniqi yang mengalami kecederaan ketika latihan dan Kahe.

Menurut Cheng Hoe, beliau sengaja tidak menurunkan Kahe kerana tidak mahu pemain dari Brazil itu tertekan akibat cemuhan penyokong, perbezaan yang dibuat dengan Lopes terhadapnya.

"Sekarang terlalu awal untuk saya menilai Bruno kerana kita masih ada tiga perlawanan ujian lagi iaitu pada 19, 22 dan 25 Jun ini bagi dia membuktikan kemampuannya. Kalau ada penyerang lain tiba di Alor Setar sudah pasti mereka juga akan dapat peluang untuk membuktikan keupayaan masing-masing.

"Walaupun beraksi tanpa ramai tonggak utama, kita barisan pemain di senaraikan berjaya menguasai permainan, cuma terdapat kekurangan di bahagian tengah. Mungkin kerana ketiadaan Liridon yang sering melengkapkan bahagian tengah.

"Pemain-pemain baharu juga kelihatan tidak gugup dan kelihatan mudah memahami corak permainan yang diamalkan oleh Kedah. Ini membuktikan segala latihan sejak awal musim sudah membuahkan hasil seperti yang diharapkan," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, nasib pemain import baru untuk mencuba nasib bersama Kedah juga diserahkan kepada pihak pengurusan kerana beliau hanya akan memilih yang terbaik untuk dicadangkan sebaga pemain tetap.

Jelasnya, perlu diingat juga bahawa perlawanan persahabatan yang diadakan sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia dan pusingan kedua Liga Super pada Julai depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan