Kedah Uji Pemain Import Baru Malam Ini

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 2:56 PM

Bruno Lopes.

(Ubah saiz teks)

KEDAH akan menguji pemain import dari Brazil yang ingin menyertai pasukan itu dalam perlawanan persahabatan menentang Persatuan Bola Sepak India Malaysia (Mifa) di Stadium Darul Aman pada Rabu malam.

Pemain di posisi penyerang itu, Bruno Lopes  tiba di Alor Setar sejak empat hari lalu dan telah menjalani latihan bersama skuad bimbingan Tan Cheng Hoe.

Berikutan itu, penyerang berusia 29 tahun itu akan diuji oleh Cheng Hoe bagi melihat ketajaman penyudah dan kemampuan sebenar sebelum fiterima sebagai pemain tetap.

Skuad Helang Merah terpaksa menguji beberapa penyerang baru selepas pemain sedia ada di posisi itu, Carlos Eduardo atau Kahe hanya mempu menjaringkan empat gol untuk musim ini.

Cheng Hoe berkata, beliau sedia memberi peluang kepada Lopes untuk beraksi pada perlawanan persahabatan itu dan kini terserah pada dirinya untuk memikat peminat hati setia dan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

"Setakat ini hanya Lopes sahaja berada di Alor Setar untuk mencuba nasibnya dan kemungkinan besar ada pemain lain yang akan turut serta pada dua lagi perlawanan ujian di Alor Setar ketika bertemu Perlis dan Pulau Pinang.

"Kita terpaksa beraksi tanpa lapan tonggak utama yang bersama pasukan Harimau Malaysia dan juga dkuad Sukan Sea 2017. Mereka yang tidak bersama kita ialah Baddrol Bakhtiar, Amirul Hisyam Awang Kechik, Farhan Abu Bakar, Fakri Saarani, Farhan Roslan, Syafiq Ahmad dan Arif Farhan.

"Saya yakin Mifa mampu memberi cabaran kepada barisan pemain kita kerana sebelum ini Kedah pernah menentang lawan sama. Lopes akan diuji oleh barisan  pertahanan yang mantap dan dia perlu mengatasinya demi menepati sasaran," katanya kepada mStar Online.

Beliau menambah, keupayaan sebenar Lopes tidak dapat diuji dalam sesi latihan dan perlu menunggu sehingga perlawanan persahabatan bagi mendapat gambaran lebih jelas.

"Kemungkinan besar Lopes perlukan dua atau tiga perlawanan bagi menyesuaikan dirinya dengan corak permainan kita. Dia juga perlukan masa untuk memahami rentak rakan sepasukan.

"Sebab itu kita mengujinya dalam tiga perlawanan atau lebih sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kalau ada pemain lain tiba untuk diuji, mereka juga akan mendapat peluang sama untuk membuktikan kemempuan masing-masing. Hanya seorang yang terbaik sahaja akan diberi kontrak.

"Jendela perpindahan untuk mendapatkan pemain import baru hanya akan bermula pada 20 Jun ini sehingga 15 Julai depan. Kita mempunyai masa yang banyak untuk memastikan pilihan kali ini mampu memenuhi kehendak pasukan sebagai seorang penyerang," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: KFA , pemain import , Mifa , Bruno Lopes

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan