Republik Ireland Sekadar Seri Dengan Sweden

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 8:50 AM

Sebastian Larsson meraikan gol percuma yang diperolehi Sweden selepas Clark menjaringkan gol ke gawang sendiri.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Gol yang dijaringkan Wes Hoolahan pada minit ke-48 hampir menghadiahkan kemenangan buat Republik Ireland ketika menentang Sweden pada aksi pembukaan Kumpulan E, awal pagi Selasa.

Namun peluang itu terbantut apabila Ciaran Clark menjaringkan gol ke gawang sendiri sekali gus memberikan gol percuma kepada Sweden menyebabkan keputusan berakhir seri 1-1.

Pada pertembungan di Stade de France itu, Sweden yang diperkuat penyerang prolifik, Zlatan Ibrahimovic menguasai babak pertama perlawanan.

Begitupun Sweden gagal menemui penyudah berbisa dan Republik Ireland dilihat mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan pada babak pertama sebelum Hoolahan menjaringkan gol buat Republik Ireland tiga minit selepas perlawanan memasuki babak kedua.

Pada awalnya kedudukan Republik Ireland tampak selesa sebelum Clark menanduk masuk bola ke gawang sendiri.

Sweden bagaimanapun melakukan beberapa serangan berbahaya menerusi kaptennya Ibrahimovic tetapi gagal menembusi benteng pertahanan lawan.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dalam Kumpulan E.

Meskipun terikat seri 1-1, Pengurus Republik Ireland, Martin O'Neill tetap memuji corak permainan anak buahnya.

"Saya fikir mereka mempamerkan persembahan menakjubkan dalam perlawanan yang sangat hebat ini.

"Jika saya mengambil kira prestasi hari ini, pemain berjaya melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang.

"Kami mempunyai keinginan untuk menang tetapi ramai pemain menjadi lebih matang apabila beraksi pada kejohanan antarabangsa," kata O'Neill.

Barisan Pemain:

REPUBLIK IRELAND: Randolph, Coleman, Clark, O'Shea, Brady, Whelan, McCarthy, Hendrick, Walters, Hoolahan, Long.

SWEDEN: Isaksson, Lustig, Granqvist, Lindelof, Olsson, Larsson, Lewicki, Kallstrom, Forsberg, Ibrahimovic, Berg.


Tags / Kata Kunci: Euro 2016 , Republik Ireland , Sweden

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan