Itali Atasi Belgium 2-0

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 8:50 AM

Giaccherini meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

(Ubah saiz teks)

LYON: Finalis Euro 2012, Itali mengejutkan pasukan ranking kedua dunia, Belgium 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan E Euro 2016, di Stadium Grand Stade, awal pagi Selasa.

Gol yang dijaringkan Emanuele Giaccherini dan Graziano Pelle memberikan tiga mata berharga buat Itali pada perlawanan yang menyaksikan pertembungan dua pasukan gergasi dalam kempen Euro kali ini. 

Kemenangan itu turut meletakkan juara dunia empat kali tersebut selaku pendahulu Kumpulan E selepas satu lagi pertembungan menyaksikan Republik Ireland seri 1-1 dengan Sweden.

Itali membuka jaringan awal menerusi Giaccherini pada minit ke-32 yang berjaya mengawal bola sebelum rembatan kaki kirinya gagal ditampan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Pasukan bimbingan pengurus Antonio Conte itu terus melakukan asakan untuk menjaringkan gol kedua yang dijaringkan Pelle pada masa kecederaan.

Kekalahan itu menyaksikan Belgium terus kempunan kemenangan pertama ke atas Itali dalam perlawanan kompetitif sejak 34 tahun lalu.

Belgium yang diperkuat bintang ternama dunia termasuk kapten Eden Hazard, Romelu Lukaku dan pemain gantian seperti penyerang Liverpool, Divock Origi gagal menjinakkan jentera pertahanan Itali yang diketuai kapten Gianluigi Buffon.

Barisan Pemain:

ITALI: Buffon, Barzagli, Bonucci, Chiellini, Candreva, Parolo, De Rossi, Giaccherini, Darmian; Pellè, Eder.

BELGIUM: Courtois, Ciman, Alderweireld, Vermaelen, Vertonghen, Witsel, Nainggolan, Fellaini, De Bruyne, Hazard, R. Lukaku.

Tags / Kata Kunci: Euro 2016 , Itali , Belgium

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan