Man United Sedia Bonus £1.5 Juta Untuk Mourinho

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI baharu Manchester United bakal menerima £10 juta setahun di Old Trafford selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun pada bulan lalu.

Namun jurulatih kelahiran Portugal itu juga akan menerima bonus sebanyak £1.5 juta jika berjaya membawa kelab berkenaan ke kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris musim depan.

Tawaran itu diberikan kepada Mourinho selepas United terdesak untuk kembali bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Kelab gergasi England itu gagal bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan kelima.

Louis van Gaal yang bertanggungjawab terhadap prestasi pasukan berkenaan bagaimanapun telah dipecat selepas 48 jam United menjuarai Piala FA.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan