Pengurus Kedah Bertemu KFA, Mohon Penyerang Baru

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

"SAYA akan bertemu dan berbincang secara lebih serius dengan jawatankuasa tertinggi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan bertegas untuk mendapatkan penyerang baharu secepat mungkin," kata Pengurus Kedah Datuk Jeffry Low Han Chow.

Menurutnya, pertemuan dan perbincangan itu perlu diadakan secepat mungkin supaya pemilihan pemain secara rapi dapat dibuat sebelum saingan Liga Malaysia kembali bersambung pada Julai.

Beliau berkata, skuad hijau kuning kini memerlukan penyerang yang mampu memenuhi kehendak pasukan dengan penyudah tajam bagi memastikan kemenangan dalam setiap perlawanan.

"Contoh terbaik ialah pasukan Johor Darul Ta'zim, mereka mempunyai dua penyerang terbaik iaitu Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero. Kedua-dua pemain ini dapat melaksanakan tugas sebagai penyerang dengan baik.

"Oleh itu, kalau kita berhasrat untuk menjadi pencabar utama dalam Liga Super atau Piala Malaysia musim ini, KFA perlu mendapatkan penyerang lebih baik.

"Tempoh perpindahan pemain yang telah dibuka sedang berjalan dan kita perlu menggunakan masa ini untuk membawa masuk pemain baharu," katanya kepada mStar Online.

Jeffry menambah, soal kewangan tidak boleh dijadikan alasan kerana Kedah mampu mencapai kejayaan dan menarik lebih ramai penyokong ke stadium jika mendapat penyerang yang mampu mencipta lebih banyak gol.

Jelasnya, setakat ini, Kedah hanya mengharapkan Carlos Eduardo atau Kahe sebagai penjaring utama dan kegagalan pemain berkenaan menghasilkan lebih gol telah mengecewakan penyokong.

Difahamkan, dalam perlawanan terakhir Liga Super bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Darul Aman, kehadiran penonton atau penyokong Kedah menurun mendadak kepada hanya  3,500 orang sahaja.

Jumlah berkenaan dijangka menurun jika Kedah gagal melakukan perubahan pemain import serta memperbaiki kedudukan dalam Liga Super.

Jeffry memberitahu, Kedah mempunytai pemain tempatan dan muda yang berbakat, namun ia perlu diimbangkan dengan tonggak import yang lebih berkualiti.

"Kedah memiliki aset yang diperlukan untuk menjadi pasukan pilihan, cuma kita perlukan penjaring yang mampu menghasilkan lebih banyak gol.

"Saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan penyerang terbaik. Sebab itu urusan pemilihan pemain akan diserahkan kepada Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe supaya beliau dapat melakukan penilaian.

"Cheng Hoe merupakan individu yang lebih mengetahui mengenai kehendak pasukan ini dan saya yakin jika diberi peluang untuk memilih penyerang import baru, dia mampu selesaikan masalah ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Hijau Kuning

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan