Man City Perlu Pecah Rekod Untuk Dapatkan Aubameyang - Bola Sepak | mStar

Man City Perlu Pecah Rekod Untuk Dapatkan Aubameyang

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 11:10 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City perlu memecah rekod pembelian pemain di British jika ingin membawa masuk Pierre-Emerick Aubameyang.

City dilapor perlu membelanjakan sebanyak £65 juta untuk mendapatkan penyerang Borussia Dortmund yang diminati skuad berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Aubameyang merupakan watak penting dalam menghasilkan kejayaan bagi Dortmund dan namanya semakin menjadi sebutan selepas diundi memenangi Pemain Afrika Terbaik.

City dilapor telah menyatakan minat mereka kepada Dortmund sejak musim lalu dan dijangka menyelesaikan urusan pemindahan selepas Pep Guardiola tiba.

Dengan penjualan Aubameyang, Dortmund telah kehilangan tiga tonggak utama iaitu Mats Hummels yang telah ke Bayern Munich dan Ilkay Gundigan (Man City).


Tags / Kata Kunci: Manchester City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan