Izham Dipilih Pemain Terbaik PFAM Bulan Mei

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 2:32 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penjaga gol skuad Harimau Selatan, Izham Tarmizi Roslan dipilih sebagai penerima anugerah pemain terbaik bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi bulan Mei 2016.

Bagi Izham Tarmizi Roslan, dia tidak menjangka memenangi anugerah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang mengundinya sebagai pemain terbaik bulan Mei.

"Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan pihak pengurusan Johor DT yang banyak memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada saya. 

"Dengan penghargaan yang saya terima ini akan menjadi pembakar semangat buat saya untuk lebih maju kehadapan. 

"Secara tidak langsung, hal ini akan memberikan motivasi dalaman kepada saya untuk memberikan kemenangan serta kejuaraan kepada Johor DT dan buat pasukan kebangsaan," jelan Izham. 




Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my ini dikelolakan oleh PFAM dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) dan MVP Sports Agency sebagai rakan penaja utama.

Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM. 

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih PFAM - Asiana.my yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Izham menerima undian tertinggi sebanyak 49 peratus mengalahkan empat calon lain iaitu Jorge Pereyra Diaz (Johor DT - 29), Joseph Kalang Tie (Terengganu - 9), Ahmad Fakri Saarani (Kedah - 8) dan Junior Aparecido (Sarawak - 5peratus).

Undian pada bulan ini juga mencatatkan jumlah undian tertinggi sepanjang penganjuran anugerah pemain terbaik bulanan dilancarkan pada Mei 2015. 

Izham menerima hadiah plak, wang tunai RM1,500 sumbangan MVP Sports Agency dan gambar beserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my.

Para pengundi boleh membuat undian menerusi  laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my. 

Undian ini akan dibuka selama seminggu untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka.

Senarai Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my (Mei 2015 - Mei 2016):

Mei2015 - Wan Zahrulnizam Zakaria (Kelantan FA)

Jun 2015 - Nurridzuan Abu Hassan (Perak FA)

Julai 2015 - Luciano Figueroa (Johor DT)

Ogos 2015 - Issey Nakajima Farran (Terengganu FA)

September 2015 - Sandro da Silva Mendonca (Kedah)

Oktober 2015 - Issey Nakajima-Farran (Terengganu FA)

November 2015 - Mohd Safiq Rahim (JDT)

Februari 2016 - Mohd Faiz Subri (Pulau Pinang FA)

Mac 2016 - Jorge Pereyra Diaz ( Johor DT)

April 2016 - Juan Martin Lucero (Johor DT)

Mei 2016 - Izham Tarmizi Roslan (Johor DT)

Tags / Kata Kunci: PFAM , Izham Tarmizi , asiana.my

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan