De Gea Nafi Terlibat Dalam Kegiatan Pelacuran

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2016 11:03 AM

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Manchester United dan Sepanyol, David de Gea menafikan kontroversi berkaitan dengan kegiatan seksual yang timbul pada hari pertama Euro 2016 berlangsung.

Akhbar Sepanyol, El Diario melaporkan seorang saksi menyebut nama De Gea dan bekas rakan sepasukan Bawah 21 Tahun, Iker Muniain kini dalam siasatan polis Sepanyol.

Menurut mangsa berkata, dia telah mengalami penganiayaan seksual oleh dua pemain bola sepak di hotel Madrid pada tahun 2012.

Namun mengakui De Gea salah bukan seorang daripada pemain itu,walaupun dia dikaitkan sebagai pengatur pertemuan tersebut.

"Abaikan cerita itu. Ia semua palsu, bohong," jelas De Gea ketika sidang media pada Jumaat.

Butir-butir perbualan De Gea dengan salah seorang wanita yang tidak didedah namanya.


Sementara itu, bukti  De Gea berhubung menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) dengan seorang wanita Ignacio Allende Fernandez atau lebih dikenali Torbe yang menguruskan sindiket pelacuran turut didedahkan.

Torbe ditangkap April lalu di atas tuduhan menguruskan kegiatan pelacuran.

Menurut saksi yang menyerahkan bukti SMS itu mendapati De Dea cuba menguruskan tarikh untuk mendapatkan pelacur bagi dua pemain bola sepak.

Malah De Gea juga dituduh cuba mendapatkan pelacur untuk lima orang rakannya di Manchester United.

Mereka memberitahu agar menutup mulut dengan apa yang berlaku itu.

Walaupun dicalit kontroversi, De Gea masih bersama skuad Sepanyol menjelang perlawanan menentang Republic Czech bagi aksi Kumpulan C Isnin ini.
Tags / Kata Kunci: De Gea , Manchester united , Sepanyol

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan