Uruguay Di Ambang Penyingkiran, Venezuela Mara

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 10:00 AM

Pemain Venezuela meraikan kemenangan mereka.

(Ubah saiz teks)

PHILADELPHIA: Uruguay berada di ambang penyingkiran dalam saingan Copa America selepas tewas 0-1 di tangan Venezuela, di sini, awal pagi Jumaat.

Juara 15 kali itu kini berdepan penyingkiran daripada saingan peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1997.

Gol tunggal Venezuela dijaringkan Salomon Rondon pada babak pertama perlawanan yang berlangsung Philadelphia Lincoln Financial Field.

Kekalahan tipis itu menyaksikan Uruguay, yang tewas di tangan Mexico pada aksi sulung Kumpulan C, Ahad lalu memerlukan keputusan ajaib bagi membantu mereka mara ke pusingan kalah mati.

Jika Mexico menang atau mencatat keputusan seri dengan Jamaica dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung pada pagi Jumaat, Uruguay akan tersingkir.

Sementara itu, Venezuela mengesahkan slot ke suku akhir menerusi kemenangan tersebut.

Ia disifatkan sebagai transformasi yang sangat menakjubkan dipamerkan pasukan itu jika dibandingkan dengan prestasi mereka beberapa bulan lalu.

The Vinotinto ketika ini menghuni tangga tercorot carta kedudukan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 zon Amerika Selatan dengan Uruguay menerajui takhta. 

Tags / Kata Kunci: Copa Amerikca , Venezuela , Uruguay

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan