Azmeer Yakin Kedah Mampu Cabar Carta Liga Super

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 10:03 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN Kedah, Azmeer Yusof yakin pasukan hijau kuning mampu mencabar skuad lain dalam merebut kedudukan lebih baik dalam carta Liga Super apabila pusingan kedua bersambung pada Julai.

Jelasnya, keyakinan itu diluah berdasarkan ramuan taktikal yang dimiliki Ketua Jurulatihnya, Tan Cheng Hoe selain kesungguhan rakan sepasukan.

Menurut pemain kelahiran Perak itu, Kedah memiliki kekuatan seimbang antara pemain utama dan simpanan yang membolehkan mereka memberi cabaran sepanjang masa walaupun terdapat beberapa kesilapan sebelum ini.

"Saya gembira dan berpuas hati dapat beraksi bersama Kedah musim ini kerana kemampuan pemain importnya dan barisan pemain tempatan membuat saya perlu meningkatkan lagi prestasi.

"Aksi pemain muda Kedah membuat saya teruja dan mencabar diri untuk memberikan aksi terbaik setiap kali turun bersama mereka.  Walaupun muda, mereka tidak pernah kelihatan gugup ataupun takut berdepan lawan yang lebih berpangalaman.

"Alhamdulillah saya sudah beraksi dalam kesemua perlawanan yang dihadapi oleh Kedah sama ada dalam liga ataupun Piala FA. Saya berdoa agar tidak mengalami kecederaaan kerana mahu membalas kepercayaan Cheng Hoe," Katanya kepada mStar Online.

Azmeer memberitahu, walaupun terpaksa meninggalkan isteri dan anak sulungnya di Kuala Lumpur tetapi dia tidak pernah terasa keseorangan kerana mempunyai keluarga besar iaiatu pasukan Kedah di Alor Setar.

"Dalam pasukan Kedah kami seperti satu keluarga dan mengambil berat tentang kebajikan rakan sepasukan sama ada dalam atau di luar padang.

"Saya yakin Kedah adalah pasukan terbaik. Saya juga tidak pernah menyesal menyertai Kedah, malah tumpang berbangga.

"Saya dan rakan sepasukan juga telah bersedia untuk menghadapi perlawanan pembukaan Piala Malaysia bertemu Sarawak pada pada 13 Julai depan," ujarnya.

Azmeer berkata, pelbagai kaedah telah diajar oleh Cheng Hoe sepanjang latihan sebagai persediaan dari segi mental dan fizikal bagi memastikan kami tidak kecundang awal.

Menurutnya, tiada perlawanan yang mudah dimenangi kecuali ditempuh dengan kesungguhan daripada kesemua pemain serta kemahuan tinggi untuk meraih kemenangan.

"Sebagai contoh, perjuangan rakan-rakan saya ketika menghadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini, mereka berusaha sehingga ke minit terakhir untuk memastikan Kedah tidak tewas.

"Malah mereka juga mempamerkan semangat perjuangan yang tinggi ketika bertemu pasukan seperti JDT. Mereka bukan jenis yang mudah menyerah kepada keadaan," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan