Aksi Persahabatan Di Jepun Medan Pemain Simpanan Bukti Kemampuan

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 8:09 PM

Skuad Bawah 22 Tahun bimbingan Bernhardt (kanan) bakal terbang ke Jepun pada Jumaat. Foto: IZZRAFIQ ALIAS/The Star.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga aksi persahabatan dengan kelab Jepun menjadi medan terbaik untuk pemain yang gagal mendapat tempat pada Kejohanan Piala Negara-Negara di Melaka, baru-baru ini, bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara.

Ketua jurulatihnya, Frank Bernhardt menjelaskan kem latihan itu juga penting dalam memperbaiki aspek kecergasan pemain skuad berkenaan secara keseluruhan, sambil memaklumkan beliau akan berusaha mengatur aksi persahabatan keempat.

"Penting bagi kita mengadakan perlawanan persahabatan dengan lawan yang kuat dan berada di tahap lebih tinggi daripada pasukan Thailand sebagai contoh, supaya pemain dapat membiasakan diri apabila berdepan pasukan-pasukan yang kuat di Sukan SEA tahun depan," kata Bernhardt dalam laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khamis.

Skuad B-22 negara akan berlepas ke Jepun pada Jumaat dan dijadual beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan menentang Yokohama FC (13 Jun), Machida Zelvia FC(20 Jun) dan Shonan Bellmare (22 Jun).

Dalam pada itu, Bernhardt memaklumkan beliau menyenaraikan tiga muka baharu bagi menggantikan pemain yang mengalami kecederaan untuk kem latihan di Jepun itu.

Mereka ialah Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team), N. Thanabalan (NegeriSembilan) dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (Pahang).

Sementara, pemain digugurkan ialah Muhamad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan) yang akan menjalani pembedahan di buku lali; Adam Nor Azlin (Selangor) cedera pangkal paha serta Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak) yang mengalami kecederaan ketika mewakili negara pada Kejohanan Piala Negara-Negara.

Untuk rekod, skuad B-22 Malaysia muncul naib juara Kejohanan Piala Negara-Negara di Melaka baru-baru ini, selepas kalah 1-2 kepada Thailand pada aksi final.

Senarai pemain:

Penjaga Gol: Muhammad Haziq Nadzli (PDRM); Ahmad Syihan Hazmi Mohamed(Kelantan); Amierul Hakimi Awang (Terengganu)

Pertahanan: R. Dinesh (Frenz United); Muhamad Hafiy Haikal Ismail dan Dominic Tan Jun Jin (Johor Darul Ta'zim II-JDT II); Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan); Muhammad Ariff Farhan Md Isa (Kedah); B. Sanjef Dinesh (DRB-Hicom FC) Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team); Mohamad Faris Shah Mohd Rosli (Kelantan); Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Muhammad Zulkhairy Zulkeply dan Mohd Adib Zainuddin (UiTM FC)

Pemain Tengah: Mohamad Faisal Abdul Halim (Pahang); Muhammad Syahmi Safari (Selangor); Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Zuasyraf Zulkiefle (T-Team); Muhammad Farhan Roslan (Kedah); Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II); Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak); Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak)

Penyerang: Muhd Jafri Muhammad Firdaus Chew (Pulau Pinang); Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (Pahang); N. Thanabalan (Negeri Sembilan); Muhamad Arif Mohamed Anwar (Kuala Lumpur); Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah).-Bernama

Tags / Kata Kunci: Frank Bernhardt , Bawah 22 Tahun

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan