Bailly Hampir Pasti Milik United

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 7:34 AM

Eric Bailly.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Villarreal Eric Bailly bakal menjadi pemain pertama dibawa masuk Jose Mourinho ke Manchester United selepas dia dikatakan lulus ujian pemeriksaan kesihatan dengan kelab tersebut.

Bayaran perpindahan Bailly dianggarkan bernilai 30 juta pound.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu melakukan 25 penampilan bersama Villarreal pada aksi La Liga musim lalu selepas menyertai kelab tersebut pada Januari 2015.

Bailly turut menjadi buruan seteru jiran United, Manchester City selain Barcelona dan juga Paris Saint Germain (PSG).

Sementara itu, United turut dikatakan semakin hampir untuk memuktamadkan perpindahan bekas penyerang PSG, Zlatan Ibrahimovic ke Old Trafford.

Penyerang berusia 34 tahun itu kini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas meninggalkan PSG.

Pada hujung minggu lalu, Ibrahimovic memberi bayangan bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenai masa depannya dalam masa terdekat.

Namun beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenainya.

"Tiada lagi pengesahan. Teruskan berteka-teki. Saya seronok dengan berita (perpindahan) tersebut," katanya.


Tags / Kata Kunci: Eric Bailly , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan